: : Kerangka Alternatif : :
Kerangka Alternatif adalah
Kumpulan saya telah memilih tajuk kesan bahan buangan industri kepada alam sekitar. Di sini saya akan sertakan lampiran untuk murid yang telah saya gunakan untuk melihat kerangka alternatif 34 orang pelajar tingkatan 4 dan jawapan yang telah diberikan oleh mereka.
***************************************************************************
|
Matapelajaran:
Sains Teras
Tahap: Tingkatan 4
Tajuk: Pelupusan
Sisa Buangan Industri
Hasil pembelajaran:
i. Memahami apakah sisa buangan
industri
ii. Menerangkan kesan pelupusan sisa
buangan industri terhadap alam sekitar.
Idea Saintifik
Pencemaran ialah perubahan ciri-ciri fizikal, kimia, atau biologi yang tidak diingini pada alam sekitar dan disebabkan oleh aktiviti manusia. Pencemaran mempengaruhi tanah, sungai, laut dan atmosfera serta mengancam kehidupan dan habitat manusia, haiwan,tumbuhan dan ekosistem
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk kepada hidupan. Di antara aktiviti-aktivit manusia yang menyumbang kepada masalah ini adalah pembuangan sisa perindustrian.
Antara kesan buruk pelupusan sisa buangan industri yang tidak terkawal adalah mencemarkan air secara fizikal dan pereputan sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen dalam air serta mengancam hidupan di dalam sungai khususnya. Pengumpulan toksik kimia yang tidak dapat diuraikan melalui rantai makanan organisma akuatik dan manusia juga merupakan akibat buruk pelupusan sisa buangan. Bahan toksik ini akan merosakkan organ badan, menyebabkan penyakit kanser dan mutasi sel.
Teknik Mencungkil Idea
Guru telah mengedarkan petikan akhbar tentang pembuangan sisa industry kepada 34 orang pelajar. Pelajar dikehendaki untuk mencatatkan idea mereka berkaitan jenis bahan-bahan buangan industri dan apakah kesannya kepada alam sekitar.
*******************************************************************************
30/01/2009
Gambar 1: Penduduk menunjukkan keadaan sungai yang
tercemar dengan sisa toksik di Kampung Sungai Bakong, Kuala Ketil, Baling,
Kedah.
BALING 30 Jan. - Bukan sahaja sumber rezeki penduduk
musnah, malah kehidupan lebih 400 penduduk di Kampung Sungai Bakong, Kuala
Ketil, dekat sini terganggu apabila anak sungai yang menjadi tumpuan mereka
mencari rezeki dipenuhi sisa toksik daripada sebuah kilang kelapa sawit. Lebih
buruk lagi, setiap malam sisa buangan dari kilang itu yang mengalir melalui
anak sungai sepanjang 14 kilometer itu berbau busuk dan mengancam kehidupan
penduduk terbabit.
Soalan:
*************************************************************************
Jawapan yang dikemukakan oleh murid terhadap jenis bahan-bahan buangan industri serta kesannya kepada alam sekitar telah dikategorikan di dalam Jadual 1 seperti di bawah:-
i) Bahan toksik dari industri kimia
ii) Sisa dari industri pertanian
iii) Tumpahan minyak
iv) Pembuangan sisa kumbahan yang tidak diproses
v) Bahan buangan domestik
vi) Pembakaran bahan api fosil
vii) Bahan radioaktif
viii) Bahan buangan biologi
Daripada jawapan pelajar, kebanyakan pelajar dapat mengelaskan jenis-jenis bahan buangan industri dan kesan terhadap alam sekitar secara betul dan memiliki idea saintifik mengenai tajuk itu. Namun begitu, 8/34 orang pelajar mempunyai kerangka alternatif terhadap tajuk ini. Mereka menganggap kesan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan manusia dan hidupan mati seterusnya membawa kepada hari kiamat tanpa mengetahui kesan sebenar dan proses yang akan berlaku akibat pencemaran sebelum berlakunya kesan yang dinyatakan itu. 1/34 pelajar menjawap dalam bentuk lukisan.
here I attached a link of pdf file to make and feel free to download the instrument too okey :D
https://drive.google.com/file/d/0B7gOYhHhMyUHWDRzeDNWZ1VTaFk/edit?usp=sharing
p/s : click on the label below to view more Biology Project and Interesting Activity
|






Comments
Post a Comment